• Jangan Ambil Mudah Cabaran Pembangkang, Jentera BN Di Marudi Perlu Bekerja Keras

    Reporter: Yusz Man
    Published: Wednesday, 14 March 2018
    A- A+

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil menyeru jentera Barisan Nasional (BN) di semua peringkat di Marudi tidak mengambil mudah setiap tentangan daripada pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan datang tidak lama lagi.

    Memetik laporan portal dayakdaily, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi berkata, jangan ambil mudah saingan yang bakal dihadapi calon BN terutamanya di kawasan Parlimen Baram kelak.

    “Kita tidak seharusnya memandang ringan saingan yang bakal dihadapi calon BN bagi kawasan Parlimen Baram pada PRU14 nanti.

    “Jangan andaikan Parlimen Baram adalah kubu kuat BN. Kalau pengundi tidak keluar dan sokong kita, kita bimbang kalau ia berlaku, undi majoriti lebih rendah daripada PRU lalu,” katanya.

    Menjelas lanjut, Penguang berharap jentera BN di Marudi bekerja kuat dan bersungguh-sungguh pada PRU14 ini kelak bagi memastikan calon BN kelak menang dengan majoriti lebih besar.

    Tambah beliau, kemenangan BN adalah penting untuk meneruskan kesinambungan pembangunan di negeri ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jangan Ambil Mudah Cabaran Pembangkang, Jentera BN Di Marudi Perlu Bekerja Keras "