• Jambatan Batang Samarahan Sudah Siap 93 Peratus

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN - Jambatan Batang Samarahan yang menghubungkan Kota Samarahan dengan Sadong Jaya di sini sudah siap kira-kira 93 peratus.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, setakat ini, pembinaannya berjalan lancar dan struktur yang menghubungkan jambatan itu akan dibuka minggu depan.

    "Saya berpuas hati dengan kerja-kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor sejak bermula pembinaan jambatan ini.

    "Jambatan ini dijadualkan siap sepenuhnya Jun depan, namun pihak kontraktor menjangkakan dapat disiapkan pada Mei ini," katanya ketika ditemui semasa membuat lawatan mengejut di Tapak Projek Pembinaan Jambatan Batang Samarahan di sini hari ini.

    Fadillah menambah, apabila jambatan itu siap kelak, penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan tersebut untuk pulang menyambut Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri. - K! ONLINE
  • No Comment to " Jambatan Batang Samarahan Sudah Siap 93 Peratus "