• Jalan Pesisir Alternatif Penting Lebuh Raya Pan Borneo

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    Pembinaan jaringan jalan persisir pantai akan menjadi satu alternatif penting kepada Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Raya Kedua yang dibina kelak.

    Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, ia merupakan usaha berterusan kerajaan negeri untuk membawa transformasi luar bandar di kawasan pesisir pantai dan dengan terbinanya jalan pesisir pantai tersebut akan dapat menghubungkan semua pekan di kawasan pesisir pantai bermula dari selatan hingga utara negeri ini.

    Menurut beliau, pekan-pekan tersebut adalah termasuk Sematan, Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Sebangan, Sebuyau, Pusa, Kabong, Daro, Tanjung Manis, Mukah, Matu, Kuala Balingian, Jepak sehinggalah ke Bakam di Miri.

    Jelas Julaihi seperti dilaporkan Utusan Borneo, dengan adanya jalan-jalan persisir itu pasti mampu menggerakkan pembangunan di kawasan sekitarnya.

    “Kita berharap pekan-pekan ini akan terus berkembang maju.

    “Malah, saya berharap pekan-pekan ini akan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran bagi semua produk di kawasan berkaitan,” katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Jalan Pesisir Alternatif Penting Lebuh Raya Pan Borneo "