• Isteri Enggan Layan Suami Ketika Bulan Madu Diceraikan

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    DUBAI: Seorang suami memutus untuk memendekkan bulan madu di Eropah dan sekembalinya ke United Emirah Arab Bersatu (UAE), dia memfailkan perceraian terhadap isterinya kerana mendakwa enggan melakukan hubungan dan serta boros berbelanja.

    Menurut laporan Daily Mail yang memetik media tempatan, dalam tuntutan lelaki itu di mahkamah syariah di Dubai, dia mendakwa isterinya tidak membenarkannya menyentuh apatah lagi melakukan hubungan seks sepanjang percutian bulan madu mereka, baru-baru ini.

    Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan kes itu memberitahu Gulf News, wanita berkenaan menuduh suaminya kedekut mahu membelanjakan wang untuknya.

    Menurut sumber itu, pasangan berkenaan memilih untuk membawa haluan masing-masing sejurus selepas pesawat dinaiki mereka mendarat di lapangan terbang di Dubai.

    Mereka dilaporkan bertunang untuk beberapa waktu sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.

    Kes mereka kemudian dihantar kepada jabatan perdamaian, namun pasangan itu dilaporkan bertegas mahu bercerai dan menolak menyelesaikan masalah itu secara baik.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Enggan Layan Suami Ketika Bulan Madu Diceraikan "