• Isteri Buat Panggilan Video Terakhir Kepada Suami Sebelum Gantung Diri

    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+


    PATTAYA: Seorang wanita Laos di sini sempat membuat panggilan video kepada suaminya yang merupakan warga Thailand untuk mengucapkan selamat tinggal dan kemudian menggantung dirinya sewaktu lelaki itu keluar untuk minum.

    Polis dilaporkan mengenai insiden itu pada pukul 4.30 pagi dan apabila pihak polis tiba di Mahkamah Rompho Thong di Soi Vee See di Selatan Pattaya, polis menemui suami mangsa, Watana Chinwong, 30, memeluk mayat isterinya di lobi sebuah bangunan.

    Watana memberitahu polis dia meninggalkan bilik sewaan itu untuk keluar minum bersama rakan-rakan pada pagi Ahad dan tidak pulang sehingga awal pagi Isnin, sehingga dia menerima panggilan video tersebut.

    Katanya, dia bergegas pulang dan mendapati bilik tersebut dikunci daripada dalam.

    Isterinya yang berusia 30 tahun tidak menjawab panggilannya lalu Watana meminta bantuan daripada kakitangan bilik sewa itu untuk membuka pintu.

    Watana kemudiannya mendapati isterinya menggantung diri dan sudah nyawa-nyawa ikan.

    Kata lelaki itu, dia meletakkan badan isterinya di atas lantai dan menunggu bantuan tiba, namun wanita itu tidak sempat diselamatkan.

    Pihak polis menemukan botol wiski dan kabel kuasa di dalam bilik sewa di tingkat lima tersebut. - The Nation/Asia News Network/mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Buat Panggilan Video Terakhir Kepada Suami Sebelum Gantung Diri "