• Isteri 'Berlakon Sakit' Bawah Kereta Polis

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 29 March 2018
    A- A+

    BEIJING: Seorang wanita di China bertindak merangkak ke bawah kenderaan polis dan berpura-pura sakit sebagai usaha menyelamatkan suaminya yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

    Portal berita Thepaper melaporkan, kejadian berlaku Isnin lalu di Changning, wilayah Henan apabila pasangan yang dikenali sebagai Quan dan Wang itu menunggang motosikal bersama anak perempuan mereka ditahan polis yang melakukan pemeriksaan rutin.

    Wang gagal menunjukkan lesen dan dokumen pendaftaran motosikal menyebabkan Quan tiba-tiba mengadu tidak sihat sebelum merangkak di bawah kenderaan polis ketika suaminya mahu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

    Rakaman video pendek dimuat naik ke media sosial menunjukkan Quan baring di atas jalan dengan separuh badannya di bawah kenderaan polis sambil diperhatikan anaknya yang menangis.

    Wanita itu hanya berhenti berbuat demikian selepas sejam apabila paramedik berjaya meyakinkannya untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri 'Berlakon Sakit' Bawah Kereta Polis "