• Inisiatif BN Bantu Tingkatkan Ekonomi Petani Di Sarawak Semakin Menampakkan Hasil

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sering berkata ekonomi berasaskan pertanian harus dikembangkan dengan menggunakan kaedah moden serta memperkenalkan ekonomi digital kepada seluruh rakyat negeri ini.

    Langkah awal ialah mencari pasaran luar bagi memasarkan hasil pertanian dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan terutama golongan petani ataupun pekebun.

    Hari ini langkah yang diperkenalkan kerajaan BN mula menunjukkan hasil. Produk hasil daripada buah durian mendapat permintaan pasaran daripada negara China.

    Sejumlah 10 tan pes durian dieksport ke negara tersebut. Ini akan memberi peluang kepada pekebun durian meningkatkan hasil tanaman masing-masing dan memberi pulangan hasil yang tinggi.

    Untuk meningkatkan jumlah kapisiti eksport berasaskan durian, rakyat Sarawak yang memiliki tanah seharusnya merebut peluang yang disediakan kerajaan agar rakyat terus bergiat dalam bidang pertanian. 

    Jangan leka dengan dakyah pembangkang yang tidak membantu langsung untuk meningkat pendapatan rakyat.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Inisiatif BN Bantu Tingkatkan Ekonomi Petani Di Sarawak Semakin Menampakkan Hasil "