• Idris Buang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    KOTA SAMARAHAN: Prihatin dengan nasib menimpa mangsa kebakaran di Kampung Tanah Putih Endap dua hari lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang menghulurkan sumbangan semalam.

    Idris yang bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan mengenai insiden berkata, sumbangan tersebut adalah untuk meringan bebanan ditanggung mangsa untuk meneruskan kehidupan harian.

    "Bantuan susulan seperti barangan persekolahan anak mangsa dan keperluan lain juga akan disalurkan," katanya.

    Menurutnya, beliau sudah berbincang pegawai dari Pejabat Daerah Samarahan mengenai bantuan di bawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan banyuan lain untuk disalurkan kepada keluarga mangsa.-Sarawakiana

  • No Comment to " Idris Buang Hulur Bantuan Kepada Mangsa Kebakaran "