• Ibu Paksa Anak Berjalan Kaki Ke Sekolah Kerana Biadab

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    Adakah ini hukuman sewajarnya bagi seorang ibu terhadap dua anak lelakinya selepas mereka dikatakan biadab pada pemandu bas sekolah?

    Itulah yang menjadi perdebatan apabila si ibu di Harrow, Ontario telah menghukum anaknya berjalan kaki sejauh tujuh kilometer dalam keadaan bersalji ke sekolah.

    Kanak-kanak berkenaan mengambil masa selama dua jam untuk sampai ke sekolah sambil memegang kad bertulis `biadab kepada pemandu bas. Mak paksa kami berjalan’.

    Tindakan itu diambil oleh wanita berkenaan selepas pihak sekolah melaporkan mengenai perangai anaknya itu.

    Menurut si ibu, hukuman itu nyata memberi pengajaran kepada dua anaknya itu. Dia juga memuat naik gambar anak-anaknya itu di dalam media sosial.

    Ia dikongsi 38,000 kali dan mendapat 28,000 kali `like‘. Malah beribu-ribu orang menyatakan sokongan terhadap hukuman tersebut.

    “Anak sulung saya ternyata insaf lebih awal manakala adiknya pula hanya insaf pada keesokannya,’’ kata wanita itu kepada stesen penyiaran CBC.

    Susulan hukuman berkenaan, ada pihak yang melaporkan si ibu kepada badan kebajikan kanak-kanak Children’s Aid Society.

    Pengurus Children’s Aid Society, Tina Gatt ketika mengulas mengenainya berkata, memalukan kanak-kanak dengan memasukkan kesalahan mereka dalam media sosial, bukan sesuatu yang membina.

    “Saya tidak mahu menilai atau berpura-pura mengetahui keadaan ini tetapi ada sesuatu yang perlu dipertimbangkan apabila kita meletakkan tanda pada anak-anak dengan mendedahkan perbuatan buruk mereka dan meletakkan gambar mereka di media sosial,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Paksa Anak Berjalan Kaki Ke Sekolah Kerana Biadab "