• Ibu Murung Terjun Perigi

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    MAGETAN - INDONESIA. Seorang ibu bertindak di luar kawalan apabila sanggup membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah perigi dalam kejadian yang menggemparkan Jawa Timur, Ahad lalu.

    Lapor media tempatan, kejadian itu berlaku di Desa Belotan yang terletak di daerah Bendo.

    Difahamkan, si ibu dikenali sebagai Partini bertindak demikian kerana terlalu kecewa selepas salah seorang anaknya yang baharu sahaja menganggotai pasukan Polis Republik Indonesia (Polri) maut dalam kemalangan jalan raya.

    Suami mangsa dikenali sebagai Paiman berkata, dia telah berulang kali menasihati isterinya supaya menerima kematian anak kesayangannya dengan hati terbuka.

    “Mangsa mungkin mengalami tekanan. Ketika kejadian, suaminya sedang tidur dan ketika itulah mangsa bertindak terjun ke dalam perigi yang terletak di hadapan rumah mereka,” kata Ketua Polis Bendo, Asisten Komisioner Lin Pelangi.

    Tambah Pelangi, siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini pernah cuba membunuh diri dengan menggantung diri dan mencederakan perut dengan senjata tajam namun berjaya dihalang ahli keluarga yang lain. - Sindonews/Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Murung Terjun Perigi "