• Ibu Alpa, Anak Tengok Klip Lucah Di Tempat Awam

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Akibat kelalaian seorang ibu, sebuah rakaman yang memaparkan kanak-kanak perempuan menonton klip video lucah di tempat awam menjadi tular di media sosial.

    Berdasarkan video pendek itu, budak perempuan terbabit yang masih dibawah umur dilihat menonton video tidak senonoh tersebut melalui telefon bimbit dipercayai milik ibunya.

    Di pertengahan rakaman video tersebut, jelas menunjukkan kanak-kanak terbabit dilihat duduk di samping seorang wanita dipercayai ibunya sambil menonton kandungan video tidak senonoh melalui telefon bimbit tersebut.

    Hasil daripada pemerhatian mendapati, wanita tersebut berkemungkinan besar tidak menyedari akan kandungan video yang ditonton kanak-kanak terbabit.

    Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa terkejut berhubung perkara itu selain sedih terhadap sikap kelalaian ibu bapa terhadap anak-anak.

    Pada masa sama, terdapat juga segelintir pihak tidak setuju dengan tindakan si perakam dan individu yang menularkan rakaman itu kerana dilihat tidak sedar akan kesalahan sendiri dalam cubaan mengaibkan orang lain.

    Sehingga kini, video tersebut dilihat terus menarik perhatian netizen bahkan bukan saja terdapat di Twitter malah ia juga telah dikongsi oleh orang ramai menerusi pelbagai platform lain. – MYNEWSHUB.CC/AM

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Alpa, Anak Tengok Klip Lucah Di Tempat Awam "