• Hutang 'Bunuh' Tokey Kedai Aksesori

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    Tertekan kerana gagal melunaskan hutang, selain berdepan masalah kewangan dipercayai menjadi punca seorang pengusaha premis aksesori kereta membunuh diri di rumahnya di Sungai Udang, Melaka, pagi tadi.

    Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mayat Lee Tiow Keong, 42, ditemui rakannya yang kebetulan ke rumah mangsa di di Taman Keris Emas di sini.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada 48 jam berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah membengkak.

    Beliau berkata, mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah bilik tingkat atas rumah berkenaan.

    "Rakan mangsa kemudiannya menghubungi polis memaklumkan kejadian dan pemeriksaan dilakukan pasukan forensik mendapati tiada unsur jenayah.

    "Selain itu, siasatan juga mendapati semua lubang di dalam bilik itu ditampal dan ditutup, termasuk menemui kesan abu dipercayai daripada arang. Turut ditemui dompet mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Katanya, mayat mangsa kemudian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses pengecaman oleh waris, sebelum bedah siasat.

    "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Hutang 'Bunuh' Tokey Kedai Aksesori "