• Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan, Pemandu Diingatkan Berhati-hati

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Pemandu diingatkan agar berhati-hati melalui beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang mula dinaiki air akibat hujan lebat.

    Menurut Astro Radio Traffic, jalan yang terlibat termasuklah Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Jalan Tunku Abdul Halim.

    Aliran trafik di jalan-jalan terbabit dijangkakan mengalami kelewatan susulan keadaan itu.

    Menurut Astro Radio Traffic, jalan yang terlibat termasuklah Jalan Parlimen, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Jalan Tunku Abdul Halim.

    Jabatan Meteorologi Malaysia melalui akaun Facebooknya turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seperti Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Sarawak.

    Jabatan Meteorologi Malaysia melalui akaun facebooknya turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan

    Dalam laporan yang dikeluarkan pada jam 2.40 petang itu turut menjangkakan keadaan itu akan berterusan sehingga jam 6 petang ini. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan, Pemandu Diingatkan Berhati-hati "