• Hasrat Wanita Ke Arah TN50 Akan Diserah Kepada PM

    Published: Thursday, 22 March 2018
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menghimpunkan hasrat dan impian wanita Malaysia ke arah menuju Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata kesemua itu akan dikumpul dan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada hujung tahun ini.

    “Sempena Hari Wanita Kebangsaan pada 25 Ogos, kementerian akan berkongsi pencapaian dan kejayaan wanita dan bakal menghimpunkan hasrat wanita dalam menuju TN50,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) mengenai usaha kementerian dalam memperkasakan wanita bersempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 (TMW18).

    Sementara itu, Rohani berkata sebanyak 674 program telah dan akan dilaksanakan tahun ini selaras dengan TMW18 melalui kerjasama erat dengan pelbagai agensi berkaitan dan badan-badan bukan kerajaan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Hasrat Wanita Ke Arah TN50 Akan Diserah Kepada PM "