• Harga Beg Tangan Macam Harga Rumah?

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    LONDON: Berapakah harga paling berbaloi dibelanjakan untuk sebuah beg tangan?

    Pelbagai jawapan akan diberikan sekiranya soalan ini ditujukan kepada orang ramai.

    Mungkin sebahagian dari kita tidak menitik beratkan harga beg tersebut seandainya kualiti yang ditawarkan itu bagus.

    Ini yang berlaku di United Kingdom (UK) apabila seorang pembeli sanggup berbelanja 279,000 pound (RM1.5 juta) bagi memiliki sebuah beg tangan koleksi eksklusif 2014, Himalaya Birkin oleh Hermes .

    Lapor BBC, harga beg berwarna putih tersebut dikatakan setanding dengan harga sebuah rumah di United Kingdom selain menjadi antara beg termahal di dunia.

    Selain itu, beg tangan yang diperbuat dari kulit buaya albino asli itu turut dihiasi dengan 18 karat emas putih selain beberapa butir berlian. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Beg Tangan Macam Harga Rumah? "