• Harga barang naik bukan semata-mata kerana GST

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+


    Dakwaan sesetengah pihak yang menuduh pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menjadi faktor harga barang naik merupakan tuduhan tidak berasas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

    Sambil menegaskan bahawa terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi dan menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup seperti pertukaran mata wang asing, kos pengangkutan dan aspek pemasaran yang lain.

    Katanya, selain itu terdapat beberapa faktor lain lagi seperti kadar tarif elektrik, air, cukai tanah termasuk cukai pintu yang tinggi dikutip oleh sesetengah kerajaan negeri.

    “Contohnya apabila air tidak cukup, peniaga akan meletakkan masalah itu kepada pengguna dan ini menyebabkan harga barang naik. Ini perkara yang kena ambil tahu.

    “GST dilaksanakan kerajaan bagi menentukan segala hasil yang kita kutip daripada peniaga secara sistematik dan efektif berbanding dengan kutipan 10 peratus semasa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang kurang efektif dan timbul banyak masalah dalam ekonomi,” katanya.

    Menurut beliau, hasil kutipan GST sebanyak enam peratus merupakan kadar paling rendah berbanding kadar GST yang dikenakan negara lain selain hasil GST juga membolehkan kerajaan memberi pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan sebagainya.

    “Kita negara yang paling rendah dalam kutipan GST jika nak bandingkan dengan negara-negara lain kerana apa yang kita kutip itu kita berikan secara adil bagi kepentingan dan keperluan rakyat dari segi kemudahan, infrustruktur dan komunikasi dari satu tempat ke satu tempat,” katanya.

    Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menafikan dakwaan GST menjadi faktor kenaikan harga barang.

    “Lazimnya, orang tengah akan menaikkan harga barangan dan salahkan kerajaan kononnya harga naik disebabkan GST.

    “Ini tak benar kerana GST telah kita laksanakan sejak dua tahun lalu, sepatutnya tidak ada kesan sama sekali pada harga barangan,” katanya. –utaranews

    Subjects:

  • No Comment to " Harga barang naik bukan semata-mata kerana GST "