• Hampir Ajal Dalam Ais

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+

    Ahli silap mata terkenal Indonesia, Master Limbad hampir maut selepas degupan jantungnya terhenti ketika dia melakukan aksi ditanam dalam ais selama 15 jam pada pertunjukan, Sabtu lalu.

    Kejadian berlaku ketika Limbad membuat persembahan di Lapangan Makodam, Surabaya yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen RCTI.

    Tribunnews melaporkan, Limbad terkenal dengan penampilan pelik dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa, masuk ke dalam peti diisi ais hingga ke paras leher pada persembahan terbabit.

    Mengikut perancangan, Limbad akan berada dalam ais itu selama 15 jam tetapi beberapa jam sebelum menamatkan aksi itu doktor mendapati jantungnya terhenti dan segera mengarahkan dia dikeluarkan.

    Rakaman video menunjukkan beberapa petugas bertungkus-lumus memecahkan ais bagi segera membawa Limbad keluar untuk memberikannya rawatan.

    Badan Limbad kemudian yang dikeluarkan ditutup dengan selimut tebal dan doktor memeriksa keadaan dirinya sebelum membawanya ke hospital.

    Keadaan Limbad dilapor kritikal ketika tiba di hospital tetapi kini disahkan berada dalam keadaan stabil.-Truibunnews

    Subjects:

  • No Comment to " Hampir Ajal Dalam Ais "