• Hamas dalang serangan - Abbas

    Published: Tuesday, 20 March 2018
    A- A+

    RAMALLAH: Presiden Mahmud Abbas secara langsung menuduh Hamas melancarkan serangan bom ke atas Perdana Menteri Rami Hamdallah di Gaza minggu lalu, mengancam sekatan baru terhadap pergerakan itu.

    Abbas, sebelum ini berkata Hamas bertanggungjawab di atas serangan berkenaan kerana ia mengawal keselamatan di Gaza, tetapi petang semalam menuduh 'ia mendalangi serangan itu'.

    Hamdallah tidak cedera dalam serangan 13 Mac lalu, yang menyaksikan bom tepi jalan meletup ketika konvoinya memasuki Gaza dalam apa yang disifatkan pegawai sebagai cubaan membunuh.

    Enam daripada pengawal keselamatannya cedera ringan.

    Bercakap kepada pemimpin Palestin di Tebing Barat, Abbas berkata jika serangan itu berjaya ia akan membuka pintu kepada perang saudara.

    Katanya, kejadian itu tidak boleh dibiarkan berjaya dan mengumumkan akan mengambil langkah 'kebangsaan, undang-undang dan kewangan'.

    Hamas mengutuk apa yang disifatkan sebagai provokatif oleh Hamas, berkata perkhidmatan keselamatannya masih menyiasat letupan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hamas dalang serangan - Abbas "