• Halusinasi, Gadis Cantik Mahu Cungkil Matanya

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+


    Seorang gadis terdesak membutakan mata dengan mencungkil kedua biji matanya.

    Tindakan gila dan dahsyat itu cuba dilakukannya di luar gereja ketika semua orang berada di dalamnya sedang menyanyi.

    Dilaporkan Mirror, Isnin (12/3/2018), gadis bernama Kaylee Muthart dikatakan didiagnosis dengan gangguan bipolar dan gangguan jiwa.

    Di samping itu, gadis berusia 20 tahun ini turut mempunyai ketagihan dadah.

    Ketika dia cuba mencungkil dua bola mata, Kaylee mengakui dia memang sedang halusinasi.

    Dia berfikir seseorang harus mengorbankan sesuatu yang penting untuk memperbaiki dunia, dan orang itu dirinya sendiri.

    “Saya berhalusinasi, seseorang perlu mengorbankan sesuatu yang penting untuk memperbaiki dan orang itu adalah saya. Saya fikir semuanya akan berakhir dan semua orang akan mati jika saya tidak mencungkil mata dan melepaskan nikmat pandangan saya, “katanya.

    Kaylee juga turut berkongsi bagaimana mahu mengorek biji mata. Menurutnya, di awalnya dia akan menolak ibu jari ke dalam mata, jari tengahnya mencengkam setiap bola mata dalam gerakan bulat dan menariknya dari dalam soket mata.

    “Saya mencengkam setiap bola mata, memintal dan menarik dengan jari tengah saya untuk keluarkan dari kedudukannya, ia seperti perjuangan yang besar, dan itu adalah perkara paling sukar yang pernah saya lakukan,” katanya.

    Kaylee meneruskan, dia tidak dapat melihat dan tidak tahu samada matanya berdarah atau tidak, tetapi dia berasa seperti sedang berhadapan dengan kematian.

    Saksi paderi berkata, dia melihat Kaylee meremas bola mata sendiri dengan tangannya.

    “Saya pasti saya akan cuba menggaru otak saya sendiri jika saksi yang melihat saya tidak mendengar saya menjerit,” kata Kaylee.

    Melihat peristiwa yang mengejutkan ini, orang-orang di sekitar akhirnya memanggil pegawai perubatan dengan segera.

    Tetapi, malangnya ahli medik lambat tiba dan paderi dapat menenangkan Kaylee.

    Akibat tindakannya yang tidak masuk akal, Kaylee terpaksa menghabiskan seminggu di hospital sebelum dipindahkan ke rawatan pesakit.

    Kaylee berkata dia mengalami sakit kepala yang teruk di bahagian belakang matanya selama kira-kira sebulan selepas dirawat, tetapi enggan mengambil ubat menahan sakit.

    “Syukurlah, ia sudah berlalu, terdapat banyak sokongan terapi dan kami memahami perkara-perkara Kaylee melihat apabila ia tidak benar,” kata ibu Kaylee.-SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Halusinasi, Gadis Cantik Mahu Cungkil Matanya "