• Guru Gila Seks Ditahan Selepas Hantar Gambar Bogel Kepada Pelajar Lelaki

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+

    FLORIDA: Seorang guru wanita yang telah berkahwin ditahan pada Rabu selepas didakwa menghantar gambar bogelnya kepada seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

    Stephanie Peterson, 26, dipercayai menghantar gambar tersebut menerusi aplikasi Snapchat.

    Mereka juga pernah melakukan hubungan seks di dalam kereta.

    Perbuatan liciknya itu terkantoi selepas pelajar tersebut mendedahkan perkara memalukan itu kepada ibu bapanya.

    Stephanie merupakan seorang guru Sains di New Smyrna Beach Middle School sejak Ogos 2016 namun dia menyerahkan surat meletak jawatan pada Isnin atas alasan peribadi.

    Menerusi dokumen mahkamah, mangsa mendedahkan Stephanie ada memintanya untuk tidak mendedahkan hubungan mereka yang bermula sejak November 2017 itu kepada sesiapa.

    Metro.uk melaporkan, Stephanie berdepan tuduhan menghantar gambar-gambar bogelnya termasuk ketika di dalam tandas malah turut bertukar-tukar gambar kemaluan masing-masing.

    Selain dalam kereta, Stephanie juga sering menjemput pelajar tersebut pada lewat malam menggunakan keretanya sebelum dibawa ke rumahnya untuk melempiaskan nafsunya.

    Dia kemudian akan menghantarnya pulang sekitar jam satu pagi.

    Lebih dahsyat, pelajar tersebut turut mendedahkan mereka sering melakukan seks oral bersama sewaktu di dalam kereta.

    Hubungan mereka bermula selepas pelajar tersebut memasuki gred lapan apabila Stephanie selalu mengadu mengenai kisah dia dan suaminya yang sudah tidak sehaluan.

    Selain seks, Stephanie turut membekalkan ganja dan perlatan menghisapnya kepada pelajar tersebut dan hal ini membuatkan keputusannya merosot.

    Dia ditahan atas tuduhan mengadakan hubungan seks dengan remaja bawah umur. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Guru Gila Seks Ditahan Selepas Hantar Gambar Bogel Kepada Pelajar Lelaki "