• Golongan Tahfiz Miliki Kelebihan Perkasa Syiar Islam

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    KANGAR: Golongan tahfiz yang menguasai bidang profesional memiliki kelebihan untuk menyumbang ke arah pembangunan syiar Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajid Dusuki.

    Beliau berkata dengan menguasai imu agama, peranan golongan tahfiz dalam konteks aliran sains memberi impak terhadap umat Islam.

    “Kerajaan berharap program Transformasi Nasional 2050 (TN50) dapat melahirkan 125,000 huffaz dalam bidang kedoktoran, peguam, akauntan dan juga pentadbir,” katanya ketika berucap pada majlis Nadwah Murabbi Ummah peringkat negeri di Dewan 2020 di sini, hari ini.

    Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program tersebut.

    Sementara itu, Asyraf Wajdi berkata kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyalurkan sebanyak RM10.3 juta kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk menjelaskan imbuhan bulanan kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) untuk Januari dan Februari tahun ini.

    Mengenai Bajet 2018, beliau berkata imam, bilal, siak, guru takmir dan guru KAFA di seluruh negara turut menikmati bayaran one-off sebanyak RM1,500 sebagai penghargaan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan ummah.-BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Golongan Tahfiz Miliki Kelebihan Perkasa Syiar Islam "