• Gereja Paling Suci Di Palestin Bantah Cukai Israel

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 1 March 2018
    A- A+


    BAITULMAQDIS – Gereja paling suci penganut agama Kristian ditutup secara mengejut pada Ahad baru-baru ini sebagai tanda bantahan terhadap polisi percukaian baharu rejim Zionis Israek.

    Church of the Holy Sepulchre telah ditutup setelah keputusan dicapai oleh gereja-gereja yang berkongsi pengurusan rumah ibadah itu. Ia bagaimanapun dibuka semula pagi Rabu sempena sambutan Hari Easter tidak lama lagi.

    Sebelum itu, Gereja Greek Ortodoks, Roman Katolik dan Apostolik Armenia mencapai keputusan untuk tutup setelah Parlimen Israel atau Knesset dijangka membahaskan satu usul baharu mengenai cukai premis tersebut.

    Ini membolehkan tanah milik Gereja Greek Ortodok dan Roman Katolik selepas tahun 2010 dirampas kerajaan Israel. Ketua gereja terlibat menyatakan protes terhadap usul itu dan tindakan kutip cukai daripada tanah mereka.

    Menurut laporan yang diterbitkan oleh akhbar ternama Haaretz, pihak gereja telah menyelar tindakan biadab rejim Zionis dan menyifatkan ia merupakan penindasan kepada penganut agama Kristian di tanah suci tersebut.

    “Ini adalah kempen sistematik yang menindas gereja-gereja dan masyarakat Kristian di tanah suci.”

    Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan, pihak gereja menyamakan tindakan rejim zionis sebagai satu bentuk penindasan yang pernah dialami oleh kaum Yahudi di Eropah pada zaman kegelapan.

    “Ini mengingatkan kita kepada undang-undang serupa yang pernah dilaksanakan ke atas orang-orang Yahudi pada zaman kegelapan di Eropah.”

    Para kepimpinan gereja telah mengingatkan berulang kali bahawa tindakan ini adalah sesuatu yang bertentangan dengan hak-hak pemilikan hartanah dan akan menentangnya melalui saluran diplomasi dan perundangan. - MYNEWSHUB

    Subjects:

  • No Comment to " Gereja Paling Suci Di Palestin Bantah Cukai Israel "