• Geran MRP Beri Makna Besar Kepada Rakyat

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) mungkin tidak begitu penting bagi kawasan bandar termasuk Parlimen Sibu.

    Ini disebabkan kawasan seperti itu sudah dilengkapi dengan kemudahan mencukupi jika dibandingkan dengan luar bandar.

    Namun sebaliknya berlaku terutama di kawasan pinggir dan luar bandar di Sibu kerana kebanyakan penempatan memerlukan geran tersebut untuk melengkapkan infrastruktur yang memberi manfaat kepada rakyat.

    Ia termasuk pembinaan dewan, rumah ibadat, perparitan, fasiliti sukan dan sebagainya yang memerlukan peruntukan MRP dari kerajaan pusat selain Program Transformasi Luar Bandar (RTP) daripada kerajaan negeri.

    Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM6 juta setahun kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi mempercepat pembangunan luar bandar yang menjadi perhatian utama kepimpinan pusat.

    Satu kerugian besar jika kawasan parlimen tidak diwakili oleh ahli parlimen BN kerana MRP merupakan cara yang cepat untuk membangun kawasan urban mahupun luar bandar.

    lni yang terjadi kepada Parlimen Sibu selama ini yang masih kekurangan sentuhan projek kecil untuk kepentingan rakyat yang begitu mengimpikan struktur pembangunan yang mencukupi untuk sebuah perkampungan mahupun luar bandar Sibu.

    Sepenggal terus ketinggalan daripada kawasan parlimen lain yang ahli parlimen BN memanfaat peruntukkan MRP untuk rakyat.

    Parlimen Sibu perlu perubahan drastik di mana segala pembangunan akan disalur secara menyeluruh dan bukan tertumpu kepada Bandar Sibu sahaja.

    Rakyat luar bandar Sibu turut berhak mendapat pembangunan terbaik agar jurang pembangunan luar bandar tidak terlalu jauh ketinggalan daripada bandar Sibu yang hampir keseluruhan sudah mencukupi.

    Ada baiknya penduduk luar bandar Sibu mendapat limpahan peruntukkan menerusi MRP yang benar-benar membantu rakyat di mana pada PRU14 nanti, Sibu memerlukan ahli parlimen baharu daripada BN.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Geran MRP Beri Makna Besar Kepada Rakyat "