• Gerald Rentap Jangka PRU14 Pada Awal Mei

    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Gerald Rentap Jabu menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan berlangsung pada awal Mei tahun ini walaupun tarikh sebenar terus menjadi rahsia.

    Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan tarikh pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lepas yang turut berlangsung Mei.

    "Berdasarkan sejarah - jika anda lihat balik kepada pilihan raya parlimen, ia berlangsung pada Mei, pilihan raya negeri lepas juga Mei.

    "Saya bukan tukang tilik dan bukan juga perdana menteri tetapi ia hanya pandangan peribadi.

    "Tetapi selepas itu akan berlangsung bulan Ramadan diikuti Hari Raya Aidilfitri kemudian tempoh penggal berakhir pada penghujung Jun," katanya.

    Menurutnya lagi, Pemuda PBB sentiasa bekerja keras untuk memastikan BN di Sarawak menang besar.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Gerald Rentap Jangka PRU14 Pada Awal Mei "