• Gempa Ranau: Satu Lagi Gempa Pagi Ini

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.1 pada skala Richter melanda Ranau, Sabah pada pukul 8.09 pagi ini.

    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, pusat gempa itu terletak di 6.1 utara dan 116.6 timur kira-kira 16 kilometer di barat laut Ranau.

    "Gegaran dirasai di Ranau," kata kenyataan itu.

    Semalam, gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Ranau pada pukul 9.06 malam.

    Berikutan itu, kesan gegaran dapat dirasai kebanyakan penduduk di kawasan pantai barat Sabah termasuk Papar, Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran dan Ranau. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Ranau: Satu Lagi Gempa Pagi Ini "