• Gempa 6.9 magnitud gegar Papua New Guinea

    Reporter: Admin
    Published: Friday, 30 March 2018
    A- A+
    SYDNEY 30 Mac - Gempa kuat 6.9 magnitud menggegarkan pulau New Britain di Papua New Guinea awal pagi tadi.

    Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gelombang tsunami yang berbahaya diramalkan untuk beberapa garis pantai.

    Gempa melanda sekitar 162 kilometer dari bandar Rabaul kira-kira pukul 5.25 pagi waktu tempatan.

    Sehingga kini tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa 6.9 magnitud gegar Papua New Guinea "