• Gadis 14 Tahun Melacurkan Diri Demi Telefon Pintar

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    SEORANG gadis berusia 14 tahun melacurkan diri sendiri sebanyak 35 kali hanya kerana ingin membeli sebuah telefon pintar, lapor China Press.

    Laporan itu memetik kenyataan Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa, kes terbabit merupakan antara kes perdagangan seks yang melibatkan pelajar bawah umur pada tahun lalu.

    Berdasarkan risikan polis, pelacur tempatan bawah umur menawarkan perkhidmatan mereka serendah RM300, kata beliau.

    Sebahagian daripada bayaran itu akan dibahagikan kepada anggota sindiket.

    "Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya," kata Rohaimi.

    "Bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000, dia perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali," ujar beliau. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Gadis 14 Tahun Melacurkan Diri Demi Telefon Pintar "