• Farid Kamil Tak Mengaku Buat Laporan Palsu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan polis palsu.

    Farid atau Farid Kamil Zahari, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

    Mengikut pertuduhan, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan jam 5.54 petang pada 31 Januari lalu di Balai Polis Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.

    Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

    Farid (dua dari kanan) bersama barisan peguamnya bertemu pihak media pada 28 Februari 2018 bagi berkongsi penahanannya.
    Untuk rekod, Farid menghadapi lima pertuduhan jenayah lain termasuk penyalahgunaan dadah dan menyerang anggota polis dan orang awam.

    Farid yang hadir ditemani oleh adiknya, Fadzil Zahari dan peguam, Faizul Mohd Nasir kelihatan tenang ketika sebutan kes berlangsung.

    Mahkamah bagaimanapun membenarkan Farid diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Mei depan untuk serahan dokumen.

    Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mary Phoon Keat Mee.

    Sebelum ini Farid mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan iaitu memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan, pada 11 Januari lalu.

    Pelakon filem Pinjamkan Hatiku itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kira-kira pukul 4.30 petang, 11 Januari 2018.

    Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Farid Kamil Tak Mengaku Buat Laporan Palsu "