• Farid Kamil Akan Didakwa Esok, Buat Laporan Palsu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+


    SHAH ALAM - Pelakon dan pengarah filem terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok berhubung laporan palsu dianiaya tiga rakan artis yang meletakkan dadah dalam minumannya.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, siasatan terhadap tiga individu mendapati laporan polis yang dilakukan Farid tidak berasas dan sengaja mereka bukti palsu.

    "Kertas siasatan telah diserahkan ke Pengarah Perundangan Negeri Selangor sebelum mengarahkan supaya Farid didakwa mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu.

    "Jika sabit kesalahan boleh dihukum di penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan sebentar tadi.

    Pelakon filem drama Lafazkan Kalimah Cinta tersebut sebelum ini menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis. - K!ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Farid Kamil Akan Didakwa Esok, Buat Laporan Palsu "