• Facebook Perkenal Fokus Berita Tempatan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Wednesday, 28 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Facebook memperkenalkan segmen berita tempatan bagi membolehkan orang ramai berhubung dengan komuniti setempat mengenai isu-isu yang berkait rapat dengan persekitaran mereka.

    Pada awal tahun ini, Facebook mengumumkan pelaksanaan berkenaan di Amerika Syarikat yang mengutamakan berita tempatan, supaya orang ramai mendapat maklumat yang memberi kesan langsung kepada komuniti mereka dan mengetahui perkembangan setempat.

    “Hari ini, kami memperluaskan segmen perkembangan terkini ini kepada orang ramai di semua negara, dalam semua bahasa. Sekarang, seluruh dunia akan melihat lebih banyak berita di Facebook dari sumber-sumber tempatan yang meliputi bandar mereka dan bandar lain yang mereka mungkin berminat,” kata Facebook dalam satu kenyataan.

    “Dengan perkembangan terkini ini, kami juga membantu penerbit tempatan dari pelbagai bandar menjangkau pengguna (Facebook) di bandar-bandar tersebut,” katanya. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Facebook Perkenal Fokus Berita Tempatan "