• Elvina sah milik jejaka bergelar Datuk

    Reporter: Yusz Man
    Published: Monday, 19 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Dengan sekali lafaz, pelakon Elvina Mohamad sah bergelar isteri kepada selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd. Haniff Borhan, 32, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Royale Chulan di sini sebentar tadi.

    Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid As Syakirin KLCC, Ustaz Mohd. Radhi Abdul Ghani.

    Elvina, 23, yang anggun mengenakan persalinan berwarna putih menerima mas kahwin berjumlah RM700 dan senaskah al- Quran sebagai wang hantaran beserta tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

    Pasangan itu bertunang terlebih dahulu sebelum majlis pernikahan berlangsung pada pukul 3.26 petang tadi.

    Majlis tersebut dihadiri lebih 150 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak dan sahabat handai.

    Majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada 24 Mac depan di hotel yang sama.- K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Elvina sah milik jejaka bergelar Datuk "