• e-Tourism Dilancarkan, Lonjak Industri Pelancongan Sarawak

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Friday, 9 March 2018
    A- A+

    KUCHING - Aplikasi pelancongan, Unimas Integrated Digital Tourism 4.0 dilancarkan hari ini bagi melonjakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.

    Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, aplikasi tersebut dibangunkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

    “Kita perlu melihat secara serius dalam strategi pemasaran digital, reputasi atas talian dan penggunaan media sosial serta aplikasi telefon bimbit bagi kemudahan pelanggan.

    “Saya menyeru agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan pemain industri tempatan agar bekerjasama memacu industri pelancongan Sarawak ke tahap baharu dan mampu bersaing dalam ekonomi digital” katanya dalam teks ucapan dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika Majlis Perasmian Forum Pelancongan Digital di sini sebentar tadi.

    Yang turut hadir, Presiden Persatuan Usahawan China-ASEAN (ACEA), Datuk Stanley Ling Tiung Leng.

    Forum anjuran ACEA itu anjuran bersama antara kementerian dan UNIMAS sebagai rakan strategik.- UTUSAN ONLINE
  • No Comment to " e-Tourism Dilancarkan, Lonjak Industri Pelancongan Sarawak "