• Dua pelajar kantoi bawa heroin

    Reporter: Yusz Man
    Published: Sunday, 11 March 2018
    A- A+


    DUA pelajar ditahan bersama heroin dalam sekatan polis di Taman Seri Impian Alma, Bukit Mertajam, Khamis lalu.

    Dalam kejadian 5.30 petang itu, pelajar masing-masing berusia 13 dan 14 tahun itu ditahan selepas polis ternampak dua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan ke atas mereka menemui satu bekas aluminium yang di dalamnya mengandungi dua bungkusan plastik lutsinar menganduingi dadah jenis heroin dan satu bungkusan plastik syabu.

    Beliau berkata, bekas aluminium itu ditemui di dalam poket seluar salah seorang pelajar yang ditahan.

    Katanya, pemeriksaan ke atas poket seorang lagi pelajar menjumpai satu bungkusan plastik lutsinar dadah jenis syabu.

    “Kedua-duanya diberkas polis dan barang kes yang dirampas dibawa ke IPD SPT.

    “Ujian saringan awal air kencing mendapati seorang positif dadah jenis amphetamine,” katanya.

    Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (3) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.-hmetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dua pelajar kantoi bawa heroin "