• Dua Cedara Parah Kebakaran Kapal Di Tanjung Manis

    Reporter: Admin
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+


    MUKAH: Dua orang pekerja mengalami kecederaan parah, sementara seorang lagi hanya cedera ringan dalam kejadian kebakaran sebuah kapal tangki yang sedang berlabuh di Tanjung Manis, dekat sini hari ini.

    Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, sebuah kapal tangki yang sedang berlabuh untuk kerja-kerja penyelenggaraan telah mengalami kebakaran yang berpunca dari letupan menyebabkan tiga pekerja cedera.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM ) Sarawak berkata, semasa kejadian terdapat 17 orang anak kapal dan lima pekerja Berjaya Dockyard yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan.

    Katanya, sebelum kejadian kebakaran, berlaku letupan yang telah mengakibatkan dua orang pekerja Berjaya Dockyard mengalami kecederaan, manakala Kaptain kapal mengalami cedera ringan di bahagian muka.

    “Kedua-dua mangsa telah di hantar oleh pihak ambulan ke hospital Sibu,” katanya

    Menurutnya, api telah dipadamkan oleh pekerja kapal, pihak bomba bertindak membuat pengudaraan untuk mengeluarkan asap bagi memastikan api padam sepenuhnya.

    Difahamkan, kapal tersebut digunakan membawa muatan minyak kenderaan, dan kesemua tangki sudah dikosongkan atas faktor keselamatan untuk proses penyelenggaraan. – Sarawakiana
  • No Comment to " Dua Cedara Parah Kebakaran Kapal Di Tanjung Manis "