• Dituduh Sebagai Penyihir, Seorang Janda Tua Jadi Mangsa Rogol

    Reporter: Yusz Man
    Published: Tuesday, 13 March 2018
    A- A+

    Kejadian rogol dialami oleh seorang janda tua selepas dia dituduh menjadi penyihir.

    Dilaporkan oleh Grid.ID melalui Gulf News pada hari Ahad (11/3/2018) kejadian itu berlaku di negeri Jharkand, India.

    Dalam sebuah laporan yang beredar, janda ini sebelum ini tinggal di kediaman menantunya di Desa Badi, Daerah Khunti selama lapan bulan.

    Walau bagaimanapun, dia mengalami peristiwa yang tidak dijangka, selepas sekumpulan warga datang untuk menyeretnya pada 7 Mac 2018.

    Dia dibawa ke mahkamah daerah untuk bertemu dengan para penatua kerana wanita itu dianggap sebagai penyihir.

    Ini kerana kehadiran wanita ini dianggap sebagai punca kepada beberapa kanak-kanak yang jatuh sakit.

    Setelah diadili wanita ini dibawa ke hutan yang terletak tak jauh dari desa.

    Sampai di hutan wanita ini diperkosa beramai-ramai dan diancam jika ia mengadu kepada polis atau orang lain.

    Selepas kejadian ini, keluarganya dan saudara mara memberikan sokongan moral kepada wanita ini untuk melaporkan pelaku ke polis.

    Wanita ini akhirnya memberanikan diri untuk melaporkan kejadian itu kepada polis, dan akan memfailkan tindakan undang-undang selepas itu.

    Kemudian, wanita ini dibawa ke hospital untuk pemeriksaan rawatan dan perubatan.

    Sebelum ini, kejadian yang sama juga berlaku kepada seorang ibu kepada dua orang anak di Jharkand yang diseret ke dalam hutan dan dituduh sebagai ahli sihir.

    Sampai di hutan, wanita ini dipaksa untuk memakan kotoran.-SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Dituduh Sebagai Penyihir, Seorang Janda Tua Jadi Mangsa Rogol "