• Ditegur Kerana Tak Bersuami, Ibu Muda Cekik Bayinya

    Published: Thursday, 15 March 2018
    A- A+

    Kejam… Gara-gara ditegur oleh ibunya sendiri kerana tidak memiliki suami dan pekerjaan, seorang wanita sanggup mencekik bayinya hingga mati yang baru sahaja berusia sembilan bulan di Frolovo, Rusia.

    Anna Karimova, 26, kesal dan gusar apabila dimarahi oleh ibunya kerana memiliki anak yang kedua tanpa bapa yang membebankan lagi ibunya itu.

    Disebabkan tidak boleh menerima teguran dan dalam keadaan tertekan, Anna telah membunuh bayi yang baru dilahirkannya.

    Polisi menjelaskan, setelah membunuh anaknya, Anna pergi membeli plastik hitam yang biasa digunakan membuang sampah, lalu membungkus jenazah bayinya itu sebelum dibuang di tempat sampah.

    Menurut Kompas, polis telah menahan Anna dan akan didakwa berhubung pembunuhan anaknya itu.

    Sehingga kini, polis masih mencari jenazah bayi itu di sebuah lokasi di kota Frolovo, tempat Anna membuang jenazah bayinya.

    Terdahulu, Anna pernah menikah pada 2015 tetapi pernikahan itu hanya bertahan sementara sebelum kedua-duanya membuat haluan masing-masing.

    Melalui pernikahan itu, Anna dikurniakan seorang anak yang kini berusia dua tahun dan dijaga oleh ibu Anna.

    Ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anaknya kini boleh menjadi pengancam kepada anak-anak mereka sendiri.

    Perkara tersebut tidak sepatutnya terjadi terhadap masyarakat sejagat kerana nama keluarga dan sudara-mara akan tercalar malah mampu mencemarkan agama dan negara secara tidak langsung. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

    Subjects:

  • No Comment to " Ditegur Kerana Tak Bersuami, Ibu Muda Cekik Bayinya "