• Dirogol Teman Lelaki Nepal

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Thursday, 8 March 2018
    A- A+

    Pekerja kilang menempuh detik hitam apabila dikurung di sebuah rumah sebelum dirogol teman lelaki warga Nepal di Kajang Putra, Kajang, minggu lalu.

    Dalam kejadian 5 petang, mangsa, 24, yang juga warga Indonesia mengikut lelaki terbabit ke sebuah rumah.

    Sumber polis berkata, mangsa kemudian dikurung di dalam sebuah bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan lelaki berkenaan.

    "Mangsa cuba menolak, namun gagal. Mangsa kemudian dipaksa menghisap kemaluan suspek sebelum dirogol.

    "Mangsa mendakwa dirogol tiga hari sebelum dihantar pulang ke asramanya pada keesokkannya," katanya.

    Menurutnya, dua hari selepas kejadian, mangsa didatangi suspek yang mengajaknya keluar.

    "Mangsa yang trauma dengan kejadian yang menimpanya enggan keluar dengan lelaki berkenaan.

    "Suspek kemudian mengugut untuk menceritakan kejadian yang berlaku jika mangsa enggan keluar dengannya," katanya.

    Katanya, mangsa yang ketakutan membuat laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Dirogol Teman Lelaki Nepal "