• Dirogol Rakus Dalam Bas

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Wednesday, 7 March 2018
    A- A+

    KOLKATA: Seorang budak perempuan berusia tiga tahun dirogol kejam di dalam bas mewah berkunci oleh seorang tukang cuci biarpun abangnya mengetuk pintu berulang kali merayu mangsa dilepaskan, lapor media India.

    Dalam kejadian itu, Sheikh Munna, 45, dipercayai mengumpan mangsa masuk ke bas di parkir berkenaan dengan menjanjikan coklat ketika kanak-kanak itu bermain dengan abangnya berusia lima tahun.

    NDTV melaporkan, sebaik mangsa menghampirinya, Munna mengheretnya masuk ke dalam bas dan mengunci pintu menyebabkan kanak-kanak itu menjerit.

    Abangnya yang panik terus menjerit mengetuk pintu bas berulang kali dan apabila tidak diendahkan terus mendapatkan ibunya dan jiran yang bergegas menyerbu bas berkenaan.

    Mereka kemudian membelasah Munna sebelum menyerahkannya kepada polis.

    Hindustan Times memetik seorang pegawai polis berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di atas kerusi dengan pakaiannya koyak.

    Sementara itu, bapa saudara mangsa memberitahu Times of India: “Kami melihatnya terbaring berlumuran darah. Tangan dan seluar Munna juga dipenuhi darahnya.”-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Dirogol Rakus Dalam Bas "