• Di Bawah PKR, Pembangunan Miri Lembap

    Published: Friday, 16 March 2018
    A- A+

    Miri merupakan bandar raya strategik di Sarawak yang begitu cepat membangun ketika era Barisan Nasional (BN) menguasai Parlimen Miri. 

    Dari sebuah bandar sehingga diwartakan sebagai bandar raya kedua terpenting di Sarawak selepas Kuching.

    Sejak PKR menguasai parlimen Miri, pembangunan dilihat perlahan sedikit mungkin disebabkan ahli parlimennya kurang bersuara untuk mendapat peruntukkan dari kerajaan pusat.

    Bukan tiada peruntukan darikerajaan pusat untuk parlimen Miri, tetapi terdapat peruntukan yang perlu diusahakan oleh ahli parlimen sendiri.

    Misalnya Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) yang diperlukan untuk melaksanakan projek kecil seperti membaiki rumah rakyat , membina dewan, rumah ibadat dan sebagainya yang boleh di lakukan dengan cepat tidak ada ahli parlimen Miri.

    Ini satu kerugian besar bagi Miri kerana banyak lagi pembangunan kecil perlu dilakukan. 

    Difahamkan terdapat luahan rakyat Miri yang berpendapatan rendah memerlukan tindakan segera untuk membaikpulih rumah.

    Tetapi ahli parlimen Miri sekarang tidak pernah ambil peduli. Hal sebegini perlukan perubahan pada PRU14 nanti.

    Parlimen Miri memerlukan wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan sentiasa peka dengan masalah rakyat.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Di Bawah PKR, Pembangunan Miri Lembap "