• Dewan Rakyat Bertafakur Pemergian Dua Ahli Parlimen

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada ahli keluarga Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) dan Datuk Seri Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) yang meninggal dunia baru-baru ini.

    Zainudin, 57 tahun, meninggal dunia akibat ketumbuhan otak pada 6 Disember tahun lalu manakala Abdul Manan, 69 tahun, meninggal pada 12 Februari dipercayai akibat sesak nafas.

    Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mewakili Dewan Rakyat menzahirkan rasa dukacita dan sedih dengan pemergian kedua-dua ahli parlimen yang merupakan kehilangan besar kepada negara.

    Selain ucapan taziah, beliau berharap seluruh ahli keluarga kedua-dua allahyarham terus tabah berdepan situasi itu.

    Pandikar turut mendoakan roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

    Zainuddin menjadi Ahli Parlimen Jelebu sejak 2013 manakala Abdul Manan dipilih sebagai Ahli Parlimen Paya Besar mulai 2008. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Dewan Rakyat Bertafakur Pemergian Dua Ahli Parlimen "