• Denda RM500,000 Atau 10 Tahun Penjara Jika Sebar Berita Palsu

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Monday, 26 March 2018
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Individu yang didapati bersalah menyebar atau menerbit apa-apa berita, maklumat, data atau laporan palsu boleh dikenakan denda RM500,000 atau 10 tahun penjara jika sabit kesalahan.

    Ia merupakan sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

    Malah, jika kesalahan itu dilakukan secara berterusan, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu.

    Menerusi RUU itu juga, mahkamah boleh memerintahkan individu yang disabitkan kesalahan tersebut untuk membuat permohonan maaf kepada orang yang terkesan akibat berita palsu tersebut mengikut cara yang ditentukan mahkamah.

    Selain itu, individu yang bersubahat termasuk menyalurkan dana kewangan dan memudahkan penyebaran berita tidak benar tersebut turut boleh dikenakan hukuman sama seperti pesalah. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Denda RM500,000 Atau 10 Tahun Penjara Jika Sebar Berita Palsu "