• Dakwaan Mengenai BR1M Tak Jejas Komitmen Kerajaan

    Reporter: uMieySurianie
    Published: Tuesday, 27 March 2018
    A- A+


    SANDAKAN – Apa juga dakwaan negatif pembangkang mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ia tidak menjejaskan komitmen kerajaan untuk meneruskan bantuan itu untuk manfaat rakyat.

    Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman berkata ini kerana ia merupakan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mencari pendekatan terbaik membela dan membantu rakyat.

    “Apa juga kata-kata pembangkang mengenai BR1M kita tidak peduli yang penting rakyat dapat manfaat,” katanya pada Majlis Penyampaian BR1M Bahagian Libaran kepada 2,900 penerima di sini, hari ini.

    Sementara itu, penerima BR1M Tahir Ausad, 72, berkata pemberian bantuan itu sangat bermakna untuk keluarganya membeli barang keperluan.

    Amy Normawaty, 36, pula berkata bantuan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada rakyat khususnya yang memerlukan perhatian. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Dakwaan Mengenai BR1M Tak Jejas Komitmen Kerajaan "