• D One Sekali Lagi 'Tawan' Piala Yb Fazzrudin

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Sunday, 25 March 2018
    A- A+

    KUCHING: Pasukan D One sekali lagi 'menawan' Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Yb Fazzrudin selepas menjuarai pertandingan sama dua kali berturut-turut.

    Dalam perlawanan akhir di Padang Semarak, pasukan D One mengalahkan Petra Giant FC B.


    Tempat ketiga bersama dimenangi al Zidane JT dan Cazzen FC.

    Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Tupong, Azemi Peta.

    Hadir sama Pengerusi Saberkas Kampung Pinang Jawa, Ahmad Budiyaman Fauzi dan Ketua Pemuda PBB Ranting Kampung Pinang Jawa, Jawa Yahya Junaidi.


    Sebanyak 32 pasukan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong dan sekitar menyertai pertandingan tersebut.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman sebelum ini berkata, pertandingan seperti itu merupakan platform terbaik mencungkil bakat baharu bagi mewakili Kuching FA yang kini beraksi dalam Liga FAM.-Sarawakiana








    Subjects:

  • No Comment to " D One Sekali Lagi 'Tawan' Piala Yb Fazzrudin "