• Cuaca Sejuk, Rakyat Jerman Disaran Jalan Macam Penguin

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    PAKAR bedah trauma di Jerman menasihatkan orang ramai agar berjalan ‘seperti penguin’ untuk mengelak daripada tergelincir di kaki jalan oleh kerana cuaca sejuk melampau yang diramalkan untuk melanda negara tersebut minggu ini.

    Satu artikel berbentuk amaran telah dikeluarkan di dalam laman web Persatuan Ortopedik dan Surgeri Trauma mengatakan bahawa “berjalan seperti haiwan itu melibatkan bahagian torso untuk dibengkokkan ke hadapan, mengakibatkan pusat graviti berada pada bahagian depan kaki.”

    Bukan sahaja itu, malah sebuah gambar rajah turut disertakan sekali untuk menyokong saranan persatuan tersebut.

    Jelas infografik itu, manusia akan mudah hilang kawalan dan mencederakan kaki mereka dengan lebih mudah apabila berjalan secara normal di atas permukaan licin akibat jisim badan diletakkan sepenuhnya pada kedua-kedua belah kaki.

    Pihak berwajib di Berlin telah menerima kritikan teruk akibat kegagalan mereka untuk menabur garam batu pada Januari 2014 lalu meskipun pakar meteorologi telah memberi amaran bahawa cuaca sejuk melampau akan melanda.

    Akibat itu, perkhidmatan penyelamat telah menerima lebih daripada 750 panggilan kecemasan dan wad kecemasan telah dibajiri pesakit yang mengalami keretakan tulang.

    Suhu di Berlin dijangkakan akan turun ke tahap serendah -10 darjah Celcius (14 Fahrenheit) minggu ini, bermula Sabtu lalu. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Cuaca Sejuk, Rakyat Jerman Disaran Jalan Macam Penguin "