• City Pastikan Arsenal Gigit Jari

    Reporter: Yusz Man
    Published: Friday, 2 March 2018
    A- A+


    LONDON: Manchester City sekali lagi mencalar imej Arsenal dalam tempoh lima hari selepas membenam The Gunners 3-0 dalam saingan liga di Stadium Emirates sebentar tadi untuk kekal mendahului dengan kelebihan 16 mata.

    Arsenal dengan misi membalas dendam pada kekalahan dengan jaringan sama di final Piala Liga di Stadium Wembley Ahad lalu gagal bangkit selepas ketinggalan 0-3 pada babak pertama hasil jaringan Bernardo Silva, David Silva dan Leroy Sane.

    Kemenangan itu mencerahkan peluang City untuk merangkul kejuaraan liga selepas pencabar terdekat Manchester United hanya merakam lima kemenangan dalam 10 pertembungan terakhir mereka.

    Arsenal kekal di tangga keenam dengan ketinggalan 10 mata di belakang empat pasukan teratas yang sudah menjamin tiket ke Liga Juara Juara musim depan.

    Bagaimanapun, Arsenal yang diejek penyokong sendiri ketika meninggalkan padang masih mampu melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara menerusi kempen di Liga Europa namum perlu mengatasi gergasi Itali, AC Milan dalam kelompok 16 terbaik dalam tempoh dua minggu lagi. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " City Pastikan Arsenal Gigit Jari "