• 'Check-In' Hotel Sebab Nak Lepas Rindu

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+

    Kerana mahu melepaskan rindu, pasangan kekasih tergamak mendaftar masuk di hotel di Jerteh, Besut, Ahad lalu dengan bayaran RM120.

    Bagaimanapun, perbuatan tidak bermoral pasangan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas ditahan dalam satu operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), 4.15 petang hari sama.

    Lebih memalukan, pasangan berkenaan dicekup dalam keadaan mengaibkan apabila si lelaki hanya berseluar pendek, manakala pasangannya pula hanya bertuala.

    Menurut sumber, soal siasat mendapati mereka mengaku sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah, namun baru sahaja bercinta.

    Katanya, pasangan terbabit mengaku jarang berjumpa kerana lelaki terbabit bekerja jauh dan mendaftar masuk di hotel berkenaan bagi melepaskan rindu.

    "Pasangan terbabit turut mengaku mahu berkahwin, namun tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bekerja sebagai pemandu lori, manakala pasangannya tidak bekerja," katanya.

    Sementara itu, Pesuruhjaya JHEAT, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pasangan terbabit.

    Beliau berkata, mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 'Check-In' Hotel Sebab Nak Lepas Rindu "