• CEO Kobe Steel Letak Jawatan

    Published: Tuesday, 6 March 2018
    A- A+


    TOKYO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kobe Steel Ltd, Hiroya Kawasaki, akan meletak jawatan susulan skandal kualiti syarikat yang menggemparkan industri pembuatan Jepun tahun lalu, demikian menurut laporan Nikkei.

    Laporan itu dibuat beberapa jam sebelum hasil siasatan luaran yang berlangsung selama empat bulan dijangka dikeluarkan.

    Kawasaki akan mengosongkan jawatan itu Jun depan, kata Nikkei sambil menambah Kobe akan mengumumkan pelantikan baharu dalam tempoh terdekat.

    Ketua bahagian aluminium dan tembaga Kobe, Akira Kaneko, juga akan meletak jawatan selain perubahan eksekutif lain, demikian menurut laporan Nikkei.

    Pengeluar keluli ketiga terbesar Jepun itu, yang membekal pengeluar kenderaan, kapal terbang dan kereta api di seluruh dunia, tahun lalu berkata ia membekal sekitar 500 pelanggan dengan spesifikasi produk yang dipalsukan.

    Kobe juga mengakui eksekutif syarikat menyedari akan penipuan itu dan skandal itu berkemungkinan mengurangkan keuntungan syarikat sebanyak 10 bilion yen (AS$94.14 juta) tahun ini. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " CEO Kobe Steel Letak Jawatan "