• Bunuh Majikan Akibat Kekasih Diberhentikan Kerja

    Published: Monday, 5 March 2018
    A- A+

    Berang kekasih dipecat sebagai pembantu rumah menjadi punca seorang lelaki menikam majikan teman wanitanya itu hingga mati di Ngaliyan, Semarang.

    Menurut laporan media Indonesia, mayat majikan berkenaan Metha Novita Handayani, 38, ditemui dalam biliknya dengan kesan luka akibat tikaman di kiri perut, Khamis lalu.

    Polis kemudian menahan lelaki berasal dari Boja, Semarang, Jawa Tengah dan kekasihnya, Sabtu lalu.

    Tribun News melaporkan, siasatan mendapati lelaki terbabit bertindak membunuh wanita beranak satu berkenaan akibat berang kerana memberhentikan kekasihnya.

    Ini disebabkan wanita terbabit dipercayai sudah tidak memerlukan pembantu rumah.

    Menurut jiran mangsa, ketika kejadian suami wanita berkenaan yang bekerja sebagai pegawai bank, tiada di rumah kerana ada urusan di Jakarta.

    Lelaki dan teman wanitanya itu ditahan polis berikutan maklumat daripada jiran memberitahu melihat mereka datang ke rumah mangsa menaiki teksi motosikal.

    Seorang jiran, Suprobo Ahmad Prabowo, 21, berkata dia curiga apabila melihat lelaki itu mundar-mandir di depan rumah mangsa.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Bunuh Majikan Akibat Kekasih Diberhentikan Kerja "