• Budak Perempuan 4 Tahun Bersama Ibu Bapa Dibunuh Kejam

    Reporter: Dayyan Mikhail
    Published: Monday, 12 March 2018
    A- A+

    CRIMEA (RUSSIA): Budak perempuan empat tahun dibunuh kejam dengan dimasukkan ke dalam kereta bersama mayat ibu bapanya sebelum kereta itu ditolak ke dalam tasik di sini.

    Dalam kejadian minggu lalu, Konstantin Larkov, 35, dan isterinya Inna Khodareva, 32, bersama anak mereka Arina, memandu ke Crimea, dekat Sevastopol, Russia, untuk membeli kereta yang diiklankan dalam talian.

    Menurut Daily Mail yang memetik laporan media Russia, sebaik sampai mereka disambut Raven Samar, 28, yang memberi alasan keretanya terletak jauh dan meminta mereka membawanya ke lokasi kereta berkenaan.

    Sampai di kawasan terpencil, dia mengeluarkan pistol dan memaksa Larkov menyerahkan wang dan apabila lelaki itu melawan, dia menembaknya lima kali termasuk di dada.

    Samar kemudian membunuh Inna dengan dua tembakan dan kejadian itu disaksikan Arina yang berada di tempat duduk belakang.

    Samar kemudian merampas wang 255,000 rouble (RM17,600) dan telefon pintar dan menolak kenderaan itu ke dalam tasik.

    Samar kemudian ke tempat kerjanya sebagai wardar penjara di Sevastopol.

    Jiran keluarga malang itu yang menyedari kehilangan mereka, menaikkan poster mendapat kehilangan mereka dan polis berjaya mengesan Samar di penjara berkenaan.

    Ketika disoal polis, Samar mengaku Arina masih hidup apabila kereta berkenaan ditenggelamkan.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Budak Perempuan 4 Tahun Bersama Ibu Bapa Dibunuh Kejam "