• Buaya sekat laluan masuk hospital di Zimbabwe

    Published: Friday, 23 March 2018
    A- A+
    HARARE 23 Mac - Pihak berkuasa hidupan liar Zimbabwe menembak mati seekor buaya besar yang tersesat ke bandar utara Hwange selain menghalang pintu masuk ke sebuah hospital.

    Reptilia itu berada di luar pintu utama Hospital St Patrick dan menyerang orang yang cuba masuk atau keluar premis itu sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

    Jurucakap pihak berkuasa hidupan liar, Tinashe Farawo mengesahkan kejadian itu dan menambah, berlaku peningkatan serangan buaya sejak kebelakangan ini ekoran hujan lebat.

    “Kami menerima laporan semalam dari Hwange yang menyatakan seekor buaya berada di kawasan perumahan dan kami terpaksa membunuhnya kerana ia memberi ancaman kepada manusia,” katanya, semalam. - AFP/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Buaya sekat laluan masuk hospital di Zimbabwe "